Bacaan al-Quran yang sahih hendaklah memenuhi tiga rukun bacaan;
1. Sah Sanad
2. Bacaan hendaklah bertepatan dengan Rasm al-'Uthmaniy
3. Bacaan hendaklah bertepatan dengan kaedah ilmu nahwu
Huraian
Bacaan al-Quran mestilah dipelajari secara bertalaqqi dan musyafahah dari guru yang sanadnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Ini merupakan rukun yang paling penting dan utama kerana bacaan al-Quran adalah sunnah yang mesti diikuti.
Sanad bermaksud sandaran, manakala sanad qiraat al-Quran ialah bacaan al-Quran yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w yang diterima dari mulut Rasulullah s.a.w oleh para sahabat yang kemudian diajarkan kepada orang lain. Begitulah seterusnya bacaan al-Quran diterima melalui proses pemindahan dari seorang kepada seorang hingga sampai kepada kita. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan saya khatam 30 juz dua kali secara talaqqi dan musyafahah dari 2 orang guru al-Quran yang sanad mereka bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Setakat ini saya baharu ada dua ijazah sanad bacaan al-Quran dan berazam akan menpelajari bacaan al-Quran dari guru al-Quran yang lain sama ada di Malaysia atau luar negara pada masa hadapan in sya Allah.
Bacaan al-Quran hendaklah bertepatan dengan kaedah Rasm al-'Uthmaniy. Alhamdulillah kita mudah mendapatkan mushaf Rasm al-'Uthmaniy di negara kita. Oleh itu, umat Islam hendaklah meneliti terlebih dahulu sebelum membeli mushaf agar tidak membeli mushaf al-Quran Rasm al-Imla'i, Rasm al-Qiyasi atau al-Quran Majid. Sebagai panduan ringkas, lihat ejaan الرحيم dalam Basmalah atau ayat ke-3 surah al-Fatihah, jika tidak ada tanda sukun ( tanda mati ) di atas huruf Ya, maka ia adalah kaedah Rasm al-'Uthmani. Jika ada tanda sukun di atas huruf Ya, maka ia bukan mushaf Rasm al-'Uthmaniy. Atau lihat kepada ejaan ملك di awal ayat ke-4 surah al-Fatihah, jika ia dieja ملك tanpa huruf Alif, maka ia al-Quran Rasm al-'Uthamaniy, dan bukan Rasm al-'Uthmaniy jika dieja dengan Alif iaitu مالك .
Syukur kepada Allah, mushaf al-Quran yang ada sekarang ini sudah sukup lengkap dengan tanda baris, tanda waqaf dan simbol-simbol tertentu untuk bacaan khas sebagai panduan umat Islam membaca al-Quran. Namun demikian, kita wajib mempelajari ilmu tajwid agar kita tidak melanggar hukum hakam tajwid, waqf dan ibtida'. Oleh sebab itulah, bacaan al-Quran yang sahih itu mesti betul dari sudut ilmu nahwu ( bukan nahu ) Arab. Sebaik-baiknya kita hendaklah mempelajari asas Bahasa Arab sebab ia berguna kepada kita khususnya untuk memahami makna ayat al-Quran yang kita baca.
Bacaan al-Quran yang tidak memenuhi tiga rukun di atas tidak dikira sebagai bacaan al-Quran yang betul tetapi dikira bacaan Syazz meskipun ia terdapat dalam imam qiraat yang tujuh. Demikianlah kata imam Ibnu al-jazari rahimahullah. Anda boleh mendapati keterangan tentang rukun bacaan ini di dalam kitab-kitab tajwid yang muktabar antaranya kitab Ghayah al-Murid fi 'ilm al-Tajwid di halaman 16-17 oleh al-Syaikh 'Athiyah Qabil Nasir beliau adalah salah seorang syaikh di dalam sanad ijazah saya ( iaitu guru syaikh kami al-Marhum Syaikh Ridha bin Salim al-Muqri' rahimahullah ), atau kitab Qiraat al-Quran biriwayat Hafsh bin Sulayman di halaman 12 oleh al-Syaikh Muhammad 'Atha Allah 'Ayis Nabhan rahimahullah. Wallahu a'lam.

Assalamualaikum ustaz,
BalasPadammohon kebenaran untuk saya ambil sedikit ilmu yang ustaz catakan di ruang blog ini bagi kajian saya.
Semoga ustaz banyakkanlah lagi usrah ilmu berkaitan alquran, nahu dan sebutan dan saya amatlah menghargainya.
Terima kasih banyak2. Wassalam
nak minta izin nak salin ilmu ini untuk rujukan saya
Padamnak minta izin nak salin ilmu ini untuk rujukan saya
PadamAssalammualaikum saudara mohon izin salin buat rujukan
BalasPadameeeeeeeeeeeeeeeee
BalasPadamobama force kill sector 404
🖒
BalasPadamlama dah blog nih baru terjumpa...mohon dipanjang2kan ilmunya
BalasPadamAssalamualaikum ustaz.. tanda bacaan seperti sukun adalah berkaitan Dhabt al-Quran bukan berkaitan Rasm Uthmani, kerana ia adalah berkaitan sistem tulisan sahaja.
BalasPadam